Tuesday, 10 July 2012

"OUTDOOR PULAU RHU, TERENGGANU"

bird's eye view..Pulau Rhu..


Pelancong yang memilih kawasan pulau sebagai destinasi pelancongan ketika berkunjung ke Terengganu, sudah pasti mengetahui kewujudan beberapa pulau, seperti Pulau Perhentian, Redang dan Kapas.

Ini kerana destinasi sudah terkenal, malah sebati dengan nama setiap pulau berkenaan sudah tercatat dalam peta industri pelancongan negara ini. Namun, masih ada beberapa pulau di negeri itu yang belum dikenali tetapi diyakini mampu memberi kepuasan kepada pengunjung kerana memiliki keistimewaan setanding dengan nama pulau lain yang lebih popular.

Jika menyebut Pulau Rhu umpamanya, orang ramai khasnya pelancong mungkin menganggap ia agak asing kerana tidak tercatat dalam senarai destinasi pelancongan menyebabkan tidak ramai yang mengetahui kedudukan sebenar pulau itu.

Pulau Rhu terletak kira-kira 15 batu nautika dari pelabuhan kecil Kuala Besut, di utara Terengganu ialah tempat pelancongan yang baru diteroka dan sedang giat dimajukan bagi melengkapkan lagi pelan pembangunan pelancongan berasaskan keindahan pantai dan pulau di negeri ini.

Perjalanan ke situ menggunakan bot laju dari terminal pelancongan di Kuala Besut dengan mengambil masa kira-kira 20 minit dan 30 minit bot biasa yang menyusuri pantai sudah cukup memikat pelancong sambil melihat keindahan pemandangan tanah besar.

Pulau Rhu seperti juga kepulauan lain tetap mempunyai keindahan alam semula jadi yang menarik dan mengkagumkan dengan pantai yang putih bersih serta kebiruan air Laut Cina Selatan yang mengasyikkan pengunjung. Malah mereka yang berpeluang berkunjung ke situ akan dapat menikmati permainan dan kegiatan air, seperti menyelam untuk melihat spesies laut, seperti karang, siput, rumpai air, batu karang dan pelbagai jenis ikan.

Tanggal 5,6,7 Julai 2012, kami semua telah mengadakan satu perkhemahan di Pulau Rhu, Terengganu. Kesemua ahli PJ SINAR mengikuti aktiviti ini kecuali Nabilah yang terpaksa berehat akibat kecederaan mata yang agak serius. Perjalanan kami ke Pulau Rhu mengambil masa kira-kira 40 minit dengan berkayak dari Pantai Bukit Keluang ke Pulau Rhu. Ternyata banyak pengalaman yang kami peroleh sepanjang 3 hari 2 malam berkhemah disana. Sukar untuk admin menggambarkan pengalaman kami ini dengan tulisan..So, nikmatilah sedikit gambar yang sempat kami tangkap untuk kenangan dan untuk dikongsi bersama anda semua...enjoy..=)


memuatkan barang ke dalam dinggi...

beratnya kayak ni!!!haha...

berlepas...

berkayak di tengah lautan...

peserta perempuan yang menaiki bot ke destinasi

finishing...

selamat sampai ke destinasi...

our beloved tutor...THANKS SIR!!!

menyiapkan tapak perkhemahan...

kejadian malam pertama di Pulau Rhu..dilanda ribut...terpaksa bertahan bagi mengelakkan khemah roboh...

preparing our breakfast...

seorang peserta, Loh Yu Han terpaksa dihantar pulang ke darat dan dikerjarkan ke
hospital akibat  mengalami  'hypertension'..

solat tetap diutamakan walau dimanapun kami berada...

bergambar bersama Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani IPGKSM, En. Yakcob..

our last breakfast at Pulau Rhu..

mengangkut dinggi dan kayak untuk disimpan semula di stor Pendidikan Luar..
sebelum berkayak



Sekian saja dari kami buat kali ini..segala aktiviti yang akan diadakan akan  kami update di sini...peace..=)


                                                                                                                                                                                                           -zaini-