Tuesday 10 July 2012

"OUTDOOR PULAU RHU, TERENGGANU"

bird's eye view..Pulau Rhu..


Pelancong yang memilih kawasan pulau sebagai destinasi pelancongan ketika berkunjung ke Terengganu, sudah pasti mengetahui kewujudan beberapa pulau, seperti Pulau Perhentian, Redang dan Kapas.

Ini kerana destinasi sudah terkenal, malah sebati dengan nama setiap pulau berkenaan sudah tercatat dalam peta industri pelancongan negara ini. Namun, masih ada beberapa pulau di negeri itu yang belum dikenali tetapi diyakini mampu memberi kepuasan kepada pengunjung kerana memiliki keistimewaan setanding dengan nama pulau lain yang lebih popular.

Jika menyebut Pulau Rhu umpamanya, orang ramai khasnya pelancong mungkin menganggap ia agak asing kerana tidak tercatat dalam senarai destinasi pelancongan menyebabkan tidak ramai yang mengetahui kedudukan sebenar pulau itu.

Pulau Rhu terletak kira-kira 15 batu nautika dari pelabuhan kecil Kuala Besut, di utara Terengganu ialah tempat pelancongan yang baru diteroka dan sedang giat dimajukan bagi melengkapkan lagi pelan pembangunan pelancongan berasaskan keindahan pantai dan pulau di negeri ini.

Perjalanan ke situ menggunakan bot laju dari terminal pelancongan di Kuala Besut dengan mengambil masa kira-kira 20 minit dan 30 minit bot biasa yang menyusuri pantai sudah cukup memikat pelancong sambil melihat keindahan pemandangan tanah besar.

Pulau Rhu seperti juga kepulauan lain tetap mempunyai keindahan alam semula jadi yang menarik dan mengkagumkan dengan pantai yang putih bersih serta kebiruan air Laut Cina Selatan yang mengasyikkan pengunjung. Malah mereka yang berpeluang berkunjung ke situ akan dapat menikmati permainan dan kegiatan air, seperti menyelam untuk melihat spesies laut, seperti karang, siput, rumpai air, batu karang dan pelbagai jenis ikan.

Tanggal 5,6,7 Julai 2012, kami semua telah mengadakan satu perkhemahan di Pulau Rhu, Terengganu. Kesemua ahli PJ SINAR mengikuti aktiviti ini kecuali Nabilah yang terpaksa berehat akibat kecederaan mata yang agak serius. Perjalanan kami ke Pulau Rhu mengambil masa kira-kira 40 minit dengan berkayak dari Pantai Bukit Keluang ke Pulau Rhu. Ternyata banyak pengalaman yang kami peroleh sepanjang 3 hari 2 malam berkhemah disana. Sukar untuk admin menggambarkan pengalaman kami ini dengan tulisan..So, nikmatilah sedikit gambar yang sempat kami tangkap untuk kenangan dan untuk dikongsi bersama anda semua...enjoy..=)


memuatkan barang ke dalam dinggi...

beratnya kayak ni!!!haha...

berlepas...

berkayak di tengah lautan...

peserta perempuan yang menaiki bot ke destinasi

finishing...

selamat sampai ke destinasi...

our beloved tutor...THANKS SIR!!!

menyiapkan tapak perkhemahan...

kejadian malam pertama di Pulau Rhu..dilanda ribut...terpaksa bertahan bagi mengelakkan khemah roboh...

preparing our breakfast...

seorang peserta, Loh Yu Han terpaksa dihantar pulang ke darat dan dikerjarkan ke
hospital akibat  mengalami  'hypertension'..

solat tetap diutamakan walau dimanapun kami berada...

bergambar bersama Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani IPGKSM, En. Yakcob..

our last breakfast at Pulau Rhu..

mengangkut dinggi dan kayak untuk disimpan semula di stor Pendidikan Luar..
sebelum berkayak



Sekian saja dari kami buat kali ini..segala aktiviti yang akan diadakan akan  kami update di sini...peace..=)


                                                                                                                                                                                                           -zaini-





Monday 25 June 2012

Kelebihan Senaman Yoga dan Pilates



Yoga dan pilates adalah dua senaman yang menjadi trend masa kini di Malaysia. Anda pasti pernah mendengar tentangnya. Mungkin juga anda pernah mencubanya. Apakah sebenarnya kebaikan dan manfaat yang boleh didapati dari senaman ini dan adakah ia sesuai untuk semua golongan? Mari kita lihat bersama.
Terdapat banyak persamaan di antara dua jenis senaman ini. Kedua-dua senaman ini melibatkan pergerakan perlahan dan terkawal yang mampu melatih seluruh anggota tubuh. Senaman pilates khususnya menitikberatkan kawalan ke atas bahagian teras tubuh iaitu bahagian abdomen, pinggang dan tulang belakang. Di samping itu, kedua-dua juga meletakkan kepentingan terhadap pengawalan pernafasan semasa melakukan postur dan rutin pergerakannya.


Apa manfaat yoga and pilates?

Di antara manfaat melakukan yoga dan pilates termasuklah:
  • menambahkan kelenturan,
  • membina kekuatan otot-otot teras
  • memperbaiki keseimbangan tubuh.
Manfaat-manfaat ini secara tidak langsung juga membantu mengelakkan masalah kesakitan yang biasanya timbul di bahagian bahu, leher, pinggang dan belakang yang disebabkan oleh kesan tegangan dan mampatan ke atas tulang belakang. Di samping itu, kedua-duanya merupakan senaman impak rendah yang lembut ke atas sendi dan otot. Ini membuatkan ia sesuai diamalkan oleh kebanyakan golongan termasuk wanita yang hamil atau selepas bersalin. Kedua-duanya memberikan fokus dan memupuk kesedaran ke atas tubuh, postur dan pernafasan yang diamalkan.
Yoga dan pilates juga sangat menenangkan dan dapat membantu menghilangkan tekanan yang dialami akibat persekitaran, pekerjaan dan permasalahan harian yang lain.
Yoga dan pilates juga sangat menenangkan dan dapat membantu menghilangkan tekanan yang dialami akibat persekitaran, pekerjaan dan permasalahan harian yang lain.

Kontroversi Agama Hindu

Terdapat beberapa persoalan atau keraguan apabila bercakap mengenai kedua senaman ini. Bagi senaman yoga khususnya, disebabkan ianya diasaskan di India, ramai yang berfikir bahwa amalannya berkait dengan agama Hindu. Sebenarnya yoga boleh dikerjakan dengan hanya mengamalkan pergerakan, postur dan senaman pernafasan tanpa melibatkan meditasi dan pembacaan mantera yang biasanya diamalkan oleh golongan Hindu.
Ini adalah cabang yoga yang diamalkan oleh kebanyakan pengamal kecergasan iaitu Hatha Yoga.
Bila berfikir tentang yoga atau pilates, jangan fikir yang anda perlu terus membuat postur seperti headstand (berdiri di atas tangan) atau boat pose (badan membentuk huruf V).  Sebagaimana dengan mana-mana senaman yang lain, anda perlu bermula dengan perlahan dan hanya membuat pergerakan setakat mana yang anda mampu. Apabila anda telah membiasakan diri dan melatih diri dengan pergerakan dan postur-postur tersebut, anda akan lebih lentur dan ia akan bertambah mudah untuk dilakukan.

Cuma Sesuai Untuk Wanita?

Jangan fikir yang yoga atau pilates ini hanya untuk kaum wanita. Ramai pengamal yoga adalah lelaki dan pilates juga sebenarnya diasaskan dan dinamakan sempena seorang lelaki iaitu Joseph Pilates! Bahkan, ramai pengamal yoga terkenal terdiri dari selebriti seperti penyanyi veteran Sting, pelakon Jeremy Piven dan penyanyi kumpulan Maroon 5 Adam Levine.
Meskipun dilihat sebagai senaman impak rendah, satu sesi yoga atau pilates masih mampu membuatkan anda berpeluh dan terasa seperti anda telah menghabiskan sejam di gym!  Anggaran kalori yang boleh dibakar dalam satu jam membuat yoga adalah lebih kurang 240 kalori.  Nilai ini hampir bersamaan juga dengan kalori yang dibakar dengan berjalan selama satu jam, bermain bola tampar atau berkebun selama satu jam.
Anggaran kalori yang boleh dibakar dalam satu jam membuat yoga adalah lebih kurang 240kcal…
“Kali pertama saya mencuba yoga, saya pulang dengan pening kepala. Ini tidak melemahkan semangat saya atau membuat saya berfikir yoga itu senaman yang tidak bagus.  Sebaliknya, saya merasa yang itu merupakan kesan pemulihan, bahawa pergerakan yoga itu berfungsi mengerjakan otot dan organ dalaman tubuh dan ia menunjukkan saya perlu terus mengamalkannya.Selepas meneruskan beberapa sesi lagi, saya merasa lebih sihat, kuat dan segar setiap kali selepas mengerjakan yoga. Dan pening kepala juga berkurangan. Pilates pula membuatkan saya merasa kuat terutamanya di bahagian abdomen dan belakang. Ia banyak membantu mengempiskan dan menguatkan bahagian abdomen terutamanya selepas bersalin.  Ia juga membuatkan tubuh berasa ‘panjang’ dan tinggi.”Azlina, peminat dan pengamal yoga dan pilates

Mana yang harus anda cuba – yoga atau pilates?

Itu bergantung kepada anda sendiri. Apa yang pasti, keduanya merupakan senaman yang mempunyai manfaat yang tinggi dan mampu meningkatkan tahap kesihatan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga kesihatan mental anda dan penjagaan diri secara keseluruhannya. 
Selamat mencuba.


Minum Air (Ais) Membuncitkan?????
check this out peeps...=)




talk by Kevin Zahri


Sunday 24 June 2012

Dynamic Stretching


"lundge"

What is Dynamic Stretching?

Dynamic stretching is an activity that stretches your muscles to prepare them for exercise by pulling them to their limits, loosening and warming them up. Dynamic stretching is distinct because it involves using body movement to extend a stretch beyond its normal capabilities, as opposed to static stretching, which involves moving into a specific position and holding it there.

Example of Dynamic Stretching

  • Lunges
  • Butt kicks
  • Arm circles

Advantages of Dynamic Stretching

  • Dynamic stretching allows you to stretch further than you would otherwise
  • Dynamic stretching is relatively safe compared to ballistic stretching
  • Dynamic stretching is quick and active, not slow and boring like static stretching
  • Dynamic stretching often uses activity to work, so you get a warm up and a workout while stretching.

Disadvantages of Dynamic Stretching

  • Dynamic stretching is still more dangerous to perform compared to  passive stretching, and can lead to serious injury
  • Dynamic stretching is ineffective at soothing an ache or stretching out a cramp
  • Dynamic stretching is ineffective for certain muscle groups

How to do Dynamic Stretching

It is best to do this kind of stretch under the supervision of a physical trainer. Once you have received some practice, you can do it on your own. Dynamic stretching should only be done by people that are already in shape and exercise regularly. If you are not at this level yet, stick to passive stretching until you are at a suitable level for the more advanced stretching. Always be extremely cautious when doing this kind of stretch. It only works effectively when you push yourself hard. If you push too hard, however, you can easily end up with a pulled muscled or sprained joint.

[SUKAN ITU INDAH]


Assalamualaikum n salam sejahtera. Admin ingin menyedarkan kepada semua tentang pentingnya sukan. Ramai yang tidak tahu kepentingan bersukan kerana ada yang memikirkan bersukan ini memenatkan dan membuat kita letih dan tidak bermaya untuk melakukan kerja-kerja lain. Disini admin nak ceritakan beberapa kepentingan dan kelebihan kita bersukan.:)
* Saluran darah yang lancar
* Mental dan fizikal yang cergas
* Otak yang cerdas. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas.
Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan. Selain dari itu,bersukan juga mempunyai kelebihan yang tersirat seperti
*Memupuk semangat patriotisme
*Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing
*Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat
*Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal yang seterusnya memanfaatkan diri, organisasi dan Negara
*Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain dapat meningkatkan prestasi kerja lebih produktif.
*Kesihatan mental akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih motivasi serta berfikiran positif.
*Secara tidak langsung amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda kelas pertama.
p/s:kalau ada tersalah info,tolong tegur dengan kadar yang segera sebab admin juga manusia biasa..:)
with luv,
~pjsinar~
road rellay inter unit 2011

Friday 22 June 2012

"WELCOME TO OUR CLASS BLOG"

CLASS MEMBERS
sand castle inter unit 2011

EN. MOHD ASRI BIN ISMAIL (TUTOR)
AHMAD BIN SAIDI
ANIZAVINA BT MOHD. ESA
CINDY WONG SIEW CHIEN
GOH PEI SHAN
KARPPAGAVALLI A/P TAGANATHAN
KRISHNAVENI A/P SUKUMARAN
LING JAI SENG
LING LII LIK
LOH YU HAN
LOUIS CHENG XIAN RUI
MOHAMAD SHAH BIN JEMAIN
MUHAMMAD AIDILFITRI BIN JAMALUDDIN
MUHAMMAD RUZAINI BIN RUSLI
MUHAMMAD ZAHEED BIN ABDUL RAJAK
NABILAH BT SUHAIPIN
NUR SYAHIIRAH BT HJ. AHMAD
NURUL FATIHAH BT BAKHARI
SHERON A/P DANEVELLU
SIM CHONG YAU
VERNON VIV ANAK AMY


shouts to all members....

wake up guys............................
hey....bangun awal pagi memberi banyak manfaat untuk tubuh badan kita..
read this@_@.........

1. Tubuh Mendapat Nutrisi Penting
  • Dengan bangun pagi, waktu untuk sarapan pasti ada. Sarapan adalah bahan bakar bagi tubuh kita untuk melakukan berbagai aktifitas seharian. Kita pun memiliki waktu untuk menyiapkan sarapan yang sihat, lazat dan bergizi.

2. Tubuh melakukan olah gerak

  • Energi penuh akan kita dapatkan dengan melakukan olahraga di pagi hari. Tubuh akan memiliki tenaga dan merasa segar sehingga kita siap melakukan pekerjaan rutin.

3. Fikiran lebih tenang

  • Bangun pagi membuat kita memiliki banyak waktu sehingga kita tidak perlu tergesa-gesa dalam menyiapkan sesuatu. Tidak lewat pergi kerja. atau terhindar keadaan yang dapat membuat kita stres.

4. Tidur lebih berkualiti

  • Seperti diketahui dengan tidur yang cukup mampu mengurangi berbagai efek negatif pada wajah seperti penuaan dini atau kerutan. Dengan bangun pagi, irama pada tubuh akan menjadi stabil. ini secara tidak langsung akan memperbaiki kualitas tidur.

so, tunggu ape lg, belajar2 lah bangun awal k...good luck guys=)