Sunday, 24 June 2012

[SUKAN ITU INDAH]


Assalamualaikum n salam sejahtera. Admin ingin menyedarkan kepada semua tentang pentingnya sukan. Ramai yang tidak tahu kepentingan bersukan kerana ada yang memikirkan bersukan ini memenatkan dan membuat kita letih dan tidak bermaya untuk melakukan kerja-kerja lain. Disini admin nak ceritakan beberapa kepentingan dan kelebihan kita bersukan.:)
* Saluran darah yang lancar
* Mental dan fizikal yang cergas
* Otak yang cerdas. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas.
Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan. Selain dari itu,bersukan juga mempunyai kelebihan yang tersirat seperti
*Memupuk semangat patriotisme
*Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing
*Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat
*Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal yang seterusnya memanfaatkan diri, organisasi dan Negara
*Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain dapat meningkatkan prestasi kerja lebih produktif.
*Kesihatan mental akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih motivasi serta berfikiran positif.
*Secara tidak langsung amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda kelas pertama.
p/s:kalau ada tersalah info,tolong tegur dengan kadar yang segera sebab admin juga manusia biasa..:)
with luv,
~pjsinar~
road rellay inter unit 2011

No comments:

Post a Comment